Home / Lain - Lain / YAKEB LANCAR LARIAN AMAL TEH TARIK BAGI MEMBANTU BEKAS ATLET

YAKEB LANCAR LARIAN AMAL TEH TARIK BAGI MEMBANTU BEKAS ATLET

Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan menganjurkan Larian Amal Yakeb KL Teh Tarik Run pada 22 Mac nanti sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab diatas pengorbanan dan jasa bekas atlet negara.

Larian Amal Yakeb Teh Tarik Run akan berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur 22 Mac nanti membabitkan dua kategori iaitu 10km Terbuka Lelaki dan Wanita 17 tahun keatas

Manakala dua kategori lagi untuk lelaki dan wanita veteran untuk peserta berusia 24 tahun keatas.

Manakala 5km Fun Run bagi yang berumur 8 tahun keatas kategori lelaki dan perempuan.

Menurut pengerusi Yaked Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed penganjur mengsasarkan seramai 8 ribu peserta akan menyertai larian itu nanti.

Selain itu juga objektif utama larian amal Yakeb KL Teh Tarik Run itu adalah bagi mengumpul dana tabung Yaked for Ex Athlete yang mana dana itu dapat membantu meringankan beban antaranya kos perubatan dan bantuan kepada atlet kebangsaan yang bernaung di bawah Yakeb.