Home / Lain - Lain / YAKEB JALINKAN KERJASAMA DENGAN PPZ

YAKEB JALINKAN KERJASAMA DENGAN PPZ

Peranan Yayasan dan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dalam membantu bekas atlet semakin mendapat perhatian syarikat korporat dan swasta.

Ini sekaligus memudahkan yayasan itu menjalinkan kerjasama bagi membantu ahli yang memerlukan.

Terbaharu YAKEB menjalinkan kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang turut memperkenalkan sistem pembayaran zakat atas talian khas untuk komuniti sukan.

Program ini merupakan inisiatif terbaharu dalam usaha YAKEB dalam membantu bekas atlet negara dengan kerjasama rakan strategiknya.

Inisiatif ini bertitik tolak dari usaha Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Naina Merican untuk membantu meringankan beban bekas atlet negara.

Bekas atlet olahraga negara Datuk Zaiton Othman hadir sebagai bekas atlet pertama yang menggunakan sistem bayaran atas talian yang baharu diperkenalkan.

Dalam pada itu PPZ menerusi beberapa produk perkhidmatannya turut memperuntukkan dana sebanyak RM65,500 yang bakal diagihkan kepada 161 orang bekas atlet negara yang berdaftar dengan YAKEB dengan pelbagai bentuk.

Diantaranya adalah bantuan seperti tunai, khairat PPZ dan bantuan barangan asas yang diberi nama Bakul Rezki Khairat PPZ.