Home / Badminton / Wong Choon Han yakin Lee Wan Wah akan berjaya di Jepun

Wong Choon Han yakin Lee Wan Wah akan berjaya di Jepun

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choon Han menyokong tindakan Lee Wan Wah untuk berhijrah ke Jepun selepas beliau dilantik sebagai jurulatih remaja pasukan Jepun.

Choon Han turut menjangkakan Wan Wah memiliki peluang untuk berjaya di Jepun berdasarkan sikap professional dan etika kerjanya.

Sementara itu pemain badminton perseorangan negara Liew Darren berkata kecederaan yang dialaminya pada Kejohanan Masters Malaysia bulan lalu telah 80% pulih.

Dia berharap kecederaan itu tidak berulang memandangkan dia merupakan wakil tunggal bagi acara perseorang lelaki negara di Kejohanan All England yang berlangsung 6-10 Mac depan.