Home / Bola Sepak / Wan Kuzain sah bersama skuad bola sepak ke temasya dwitahunan Sukan SEA Filipina

Wan Kuzain sah bersama skuad bola sepak ke temasya dwitahunan Sukan SEA Filipina

Kehadiran pemain sensasi negara di Amerika Syarikat Wan Kuzain Wan Kamal dalam skuad B23 negara jelas beri impak besar menjelang Sukan SEA 2019 di Filipina yang dijadualkan berlangsung November depan.

Pengendali B23 kebangsaan Datuk Ong Kim Swee jelas teruja menyambut kehadirannya dalam pasukan apabila dijangka mendaftar diri dalam sesi latihan hujung Oktober ini.

Dilahirkan di Amerika Syarikat ibu dan bapanya merupakan rakyat Malaysia dan keterujaan timbul apabila Wan Kuzain mengesahkan untuk menyumbang keringat buat skuad bola sepak negara ke Sukan SEA Filipina.

Menurut Datuk Ong Kim Swee Wan Kuzain telah meluahkan harapannya bersama pasukan negara sejak sebulan lalu sekaligus memungkinkan gandingan mantap di bahagian tengah bagi mencapai sasaran pingat emas pada temasya dwitahunan itu nanti.

Untuk rekod Wan Kuzain sehingga kini belum memberi kata putus sama ada mahu bersama Amerika Syarikat atau Malaysia. Wan Kuzain dilahirkan di Illinois dan sepanjang kariernya bermain di posisi tengah pernah beraksi untuk skuad Amerika Syarikat B17.