Home / Golf / #WAITGC2016 – LaporPo ungguli pusingan terakhir

#WAITGC2016 – LaporPo ungguli pusingan terakhir

unknown-2

Pasukan LaporPo yang dibarisi oleh Seruji Haji Setia, Wan Man Wan Hil, Tony Haji Karim dan Diny Haji karim bergambar selepas memenangi pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur berpasukan dunia (WAITGC) 2016 di Kuching, Sarawak. Gambar sumber WAITGC

KUCHING, 23 September 2016 – Pasukan pilihan dari Brunei, LaporPo seperti diramal mudah menguasai pusingan kelayakan terakhir Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia (WAITGC) 2016 yang berlangsung di Kuching, Sarawak dari 19 hingga 22 September yang lalu.

LaporPo yang pernah muncul juara keseluruhan WAITGC pada tahun 2014, ‎kali ini dibarisi bekas pemain kebangsaan Brunei, Seruji Haji Setia, Wan Man Wan Hil serta dua adik beradik, Tony dan Diny Haji Karim jelas berada dalam kelas berbeza berbanding persaing-persaing yang lain.

Menguasai lapangan Kelab Golf Damai dan Kelab Golf Sarawak sejak hari pertama kejohanan, LaporPo mengumpul 966 pukulan keseluruhan untuk muncul juara sambil Haji Setia ditabalkan sebagai juara kategori Individu apabila mencatat 315 pukulan.

Kejayaan berganda LaporPo itu nyata memberi suntikan semangat untuk mereka terus berjuang mengejar kejuaraan keseluruhan pada pusingan Grand Final nanti.

‘Kami berpuas hati dengan permainan di Sarawak kali ini, tetapi fokus kami adalah untuk mengulangi kejayaan pada 2014, kami yakin mampu melakukannya,’ kata Seruji Haji Setia ketika ditemui wartawan selepas majlis penyampaian hadiah.

Sementara itu pasukan dari Australia, Cool Bananas berada di tempat kedua apabila mencatatkan 1022 pukulan, manakala Mambo Jumbo juga dari Australia terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan 1037 pukulan.

Dalam kategori stableford dua pasukan dari Brunei , Kalulut Poni dan Keropok mengesahkan Tempat ke Grand Final mengiringi 3 pasukan terbaik dari kategori gross.

 

Sumber : WAITGC2016