Home / Golf / WAITGC2015: Macam Boleh mengganas di bawah bayu

WAITGC2015: Macam Boleh mengganas di bawah bayu

MACAM BOLEH (CHAMPION)

Pasukan ‘Macam Boleh’ yang dianggotai oleh Danny Boyden, Micheal Pearce, Alvin Chai dan Justin Welss bergambar setelah memenangi pusingan kedua WAITGC 2015 di Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu, SABAH : Pasukan “Macam Boleh” dari Australia yang diketuai Danny Boyden, Micheal Pearce, Alvin Chai dan Justin Wells menguasai pusingan kedua Kejohanan Golf Berpasukan Amatur Dunia (WAITGC) di Sabah minggu lalu apabila mencatatkan 899 pukulan keseluruhan sepanjang 4 hari kejohanan yang berlangsung di Nexus Karambunai GC dan Dalit Bay GC di sini.
LOGO WAITGC 2015Selepas dari Brunei menguasai pusingan pembukaan Kejohanan Golf Berpasukan Amatur Dunia (WAITGC) di Johor bulan lalu, pasukan ‘Macam Boleh’ tampil garang apabila pemain utamanya, Danny Boyden yang bermain dengan handicap 0 turut dinobat selaku juara individu dengan mencatat 283 pukulan, 5 di bawah par keseluruhan.

Bekas juara keseluruhan WAITGC 2012, Lapor Po dari Brunei terpaksa berpuas hati di tempat kedua setelah mengumpul 915 pukulan keseluruhan, manakala Ball Buster V2 dari Australia ketiga.

Kategori stableford dikuasai kombinasi Mohd Ruddy Yusuf, Zaini Rahman, Kahar BakaYear of Festival 2015r dan Hamdi Ismail yang mengumpul 464 mata sepanjang 4 hari kejohanan.

Kategori berpasukan senior pula menyaksikan satu lagi pasukan dari Australia iaitu Night Riders berjaya meraih slot automatik ke Grand final setelah muncul juara dnegan 466 mata.

Grand Final WAITGC 2015 akan berlangsung di Sg.Long GCC dan The Mines GCC November depan dengan menghimpunkan semua 5 pasukan terbaik dari 5 pusingan kelayakan yang berlangsung di Johor, Sabah, Langkawi, Kuala Lumpur dan Melaka.

Pusingan ketiga WAITGC selepas ini dijadual berlangsung di lapangan Gunung Raya GC dan The Els Club Datai Langkawi pada 8 hingga 11 Jun di Pulau Langkawi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*