Home / Golf / #WAGCM Lam juara pusingan ke-11

#WAGCM Lam juara pusingan ke-11

Dari kiri : Jimmy Tong Su Yong (Medal D), Lam Kong Foo (Medal A), S.Sasikumar (Medal B), Mani Balan Kutty (Pengurus kelab Golf Templer Park), Zahar Mahamod (Medal C) & Mohd Radzi B Mawi (Medal E). Gambar oleh WAGCM

Dari kiri : Jimmy Tong Su Yong (Medal D), Lam Kong Foo (Medal A), S.Sasikumar (Medal B), Mani Balan Kutty (Pengurus kelab Golf Templer Park), Zahar Mahamod (Medal C) & Mohd Radzi B Mawi (Medal E). Gambar oleh WAGCM

RAWANG: Pusingan ke 11, Kejohanan Golf Amatur Dunia Malaysia dibawa oleh PERODUA berlangsung sengit di lapangan golf Kelab Golf Templer park pada 17 September 2015 yang lalu.

Kejohanan yang menyaksikan penyertaan hampir 100 orang pemain golf amatur dari seluruh Malaysia, berlangsung sengit dalam cuaca hujan di awal pagi yang merencatkan sedikit rentak permainan kebanyakkan peserta.

Namun, hujan yang turun tidak menghalang Lam Kong Foo yang memegang handicap 5, untuk bermain cemerlang seterusnya muncul juara pusingan ke 11 kejohanan. Lam yang mencatatkan 75 pukulan nett, muncul juara kategori A manakala S.Sasikumar yang memegang handikap 7, muncul juara kategori B dengan catatan 64 pukulan nett.
Sementara bagi kategori C, Zahar Mahamof yang memegang handikap 12, mengungguli kumpulan apabila mencatatkan 66 pukulan nett, dan Jimmy Tong Su Yong, handikap 16, muncul juara kategori D apabila mencatatkan 69pukulan nett.

Pusingan terakhir Kejohanan Golf Amatur Dunia Malaysia dibawa oleh PERODUA akan berlangsung di Kelab Golf Templer Park pada 22 Oktober 2015 untuk memilih 5 pemenang dari setiap kategori untuk mewakili Malaysia di Kejohanan Akhir Dunia di Belek Turkey pada 28 November hingga 5 December 2015 yang akan datang.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan, boleh layari www.worldgolfers.com.my atau hubungi +603 7931 9311

unnamed

MALAYSIA  Hosts  the World Final in 2017 (45 Countries)

Leave a Reply