Home / Golf / #WAGC – Azmi Mahmud kuasai pusingan ke-10

#WAGC – Azmi Mahmud kuasai pusingan ke-10

Dari kiri Azmi Mahmud, SP Maniam, Jeffery Loh Hong Mun, Kalai Kumar dan Suresh Kumar Doresamy bergambar bersama trofi kemenangan. Gambar oleh WAGC

Dari kiri Azmi Mahmud, SP Maniam, Jeffery Loh Hong Mun, Kalai Kumar dan Suresh Kumar Doresamy bergambar bersama trofi kemenangan. Gambar oleh WAGCM

SHAH ALAM 26 Ogos 2015 : Bekas penjaga gol bolasepak negara dan Kedah, Mohd Azmi Mahmud menguasai pusingan ke 10, Kejohanan Golf Amatur Dunia Malaysia yang dibawa oleh PERODUA, yang berlangsung di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah Golf & Country Club pada 20 Ogos 2015 yang lalu.

Azmi, yang memegang handikap 4 memenangi kategori A dengan mencatatkan 71 pukulan nettt untuk menewaskan hampir 100 orang pencabar yang lain dalam permainan yang terhenti hampir 1 jam akibat hujan lebat pada awal pagi.

SP Maniam yang memegang handikap 10 menguasai Kategori B apabila mencatatkan 68 pukulan nett. Kategori C dimenangi oleh Jeffery Loh Hong Mun, handikap 13, apabila mencatatkan 68 pukulan nett dan Kalai Kumar handikap 18 menguasai Kategori D apabila mencatatkan 66 pukulan nett dan Suresh Kumar Doresamy handikap 22, memenangi Kategori E apabila melakukan 70 pukulan nett.

Kejohanan Golf Amatur Dunia Malaysia yang dibawa oleh PERODUA, berbaki 3 lagi pusingan yang akan berlangsung di :-

1. Kelab Golf Sg. Long, Selangor  – 10 September 2015 (Kejohanan Tertutup)

2. Kelab Golf Templer Park, Selangor – 17 September 2015 (TERBUKA)

3. Kelab Golf A-Famosa Golf, Melaka – 6 September 2015 (TERBUKA)

 

Pusingan akhir peringkat Kebangsaan Kejohanan Golf Amatur Dunia Malaysia yang dibawa oleh PERODUA ini akan diadakan di Templer Park Country Club pada 22nd October 2015, untuk memilih 5 pemenang dari setiap kategori untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Akhir Golf Amatur Dunia di Belek, Turkey dari 28 November hingga 5 December 2015.

Untuk menyertai dan maklumat lanjut boleh hubungi, call +603 7931 9311 atau layari www.worldgolfers.com.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*