Home / Lain - Lain / USPTN ILHAM LAHIR RAMAI BAKAT BAHARU

USPTN ILHAM LAHIR RAMAI BAKAT BAHARU

USPTN merupakan satu contoh program khusus untuk mengenalpasti bakat baharu di peringkat sekolah bermula usia 15 hingga 21 tahun.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2008 ia dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri dan kini kembali kepada Majlis Sukan Negara sebagai pengurus tadbir.

Atlet yang terpilih akan mendapat kemudahan latihan dan kejurulatihan yang mencukupi dengan lebih sistematik.

Satu jawatankuasa baharu akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi memastikan USPTN diselia dengan lebih tersusun sekaligus dapat melahirkan bakat baharu yang berkualiti dan berdaya saing bermula dengan SUKMA,Sukan SEA, Sukan Komanwel dan dan matlamat unggul untuk menjelmakan pingat pertama Sukan Olimpik.

Menyambut baik kehadiran USPTN ialah sukan olahraga yang sering mendapat manfaat sejak program pelapis mula diperkenalkan pada 2008.

Ia merupakan kesinambungan program Tunas Cemerlang pada tahun 1986 sebelum ia diubah kepada Bakat Khas pada tahun 1993 dan Sukan Teras pada 2006.

Menurut ketua jurulatih olahraga negara Manshahar Abd Jalil USPTN sudah tentu memberi banyak kesan positif kepada sukan negara khususnya olahraga yang pernah melahirkan jaguh hebat seperti Zaiful Zainal Abidin (400m) dan Mohd Malik Tobias (Dekathlon).