Home / Lain - Lain / USM dan UPSI juara keseluruhan Kejohanan Waja Diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia IPT

USM dan UPSI juara keseluruhan Kejohanan Waja Diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia IPT

Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) muncul juara keseluruhan bagi kategori putra dan puteri Kejohanan Waja Diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia IPT yang berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya.

Kejohanan yang berkonsepkan pertandingan persembahan bagi format demonstrasi seni silat cekak Malaysia ini julung kalinya disertai pelajar dari sekolah menengah.

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya merangkul kejuaraan keseluruhan bagi kategori sekolah.

Empat kategori dipertandingan pada edisi kali ini dimana setiap pasukan IPT dan sekolah yang bertanding akan menonjolkan kreativiti masing-masing bagi mempamerkan rupa bentuk silat cekak Malaysia.