Home / Lain - Lain / Usah tertekan dengan sasaran pingat yang bakal diumumkan kelak – Syed Saddiq

Usah tertekan dengan sasaran pingat yang bakal diumumkan kelak – Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abd Rahman menyarankan agar semua atlet tidak berasa tertekan dengan pengumuman sasaran pingat di temasya Sukan SEA Filipina kelak.

Syed Saddiq bertemu lebih 500 atlet dan pegawai dalam majlis perjumpaan atlet program podium di Seri Kembangan yang bertujuan untuk menilai perkembangan terkini program tersebut serta persiapan terkini atlet menjelang Sukan SEA nanti.

Bagi temasya ke-30 ini Malaysia dijangka menghantar seramai 800 atlet dalam 50 jenis sukan yang dipertandingkan.

Walau bagaimanapun penetapan jumlah sasaran pingat untuk kontinjen negara masih dalam perbincangan memandangkan masih ada dua bulan lagi sebelum ianya bermula.