Home / Badminton / UNDIAN PIALA THOMAS & UBER BERI LALUAN BERBEZA BUAT SKUAD NEGARA

UNDIAN PIALA THOMAS & UBER BERI LALUAN BERBEZA BUAT SKUAD NEGARA

Pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber yang dijadualkan berlangsung di Denmark bermula 3 hingga 11 Oktober depan menyaksikan pasukan lelaki dan wanita negara sekali lagi berdepan nasib berbeza pada saingan itu nanti.

Berdasarkan saingan undian peringkat kumpulan pasukan lelaki Piala Thomas berpeluang cerah untuk mencapai sasaran awal mara ke pusingan kedua.

Sebaliknya skuad wanita Piala Uber berdepan cabaran cukup getir untuk melepasi peringkat kumpulan kelak.

Sesi undian Piala Thomas dan Uber diadakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan keputusan undian Piala Thomas boleh dikatakan seimbang buat semua pasukan utama.

Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama juara 13 kali Indonesia, serta dua pasukan dari eropah iaitu Belanda dan England.

Diatas kertas peluang Malaysia agak cerah dan selain Indonesia cabaran England dan Belanda mudah dilepasi skuad lelaki negara.

Namun bagi pengarah kejurulatihan BAM Wong Choong Hann dia tidak mahu barisan lelaki terlalu selesa dengan undian ini.

Jika terlalu mengambil mudah England dan Belanda mampu mencipta kejutan pada edisi ke-31 nanti.

Bagaimanapun nasib skuad wanita dalam saingan Piala Uber jelas cukup berliku apabila berdepan laluan sukar dalam kumpulan B.

Malaysia diundi bersama dua bekas juara 3 kali Indonesia dan Korea Selatan.

Ini tentunya skuad negara memerlukan keajaiban dan strategi yang cukup rapi berdepan dua pasukan gergasi ini.

Hanya Australia sahaja boleh dikatakan pasukan mudah dalam kumpulan ini.

Sementara itu kumpulan A pastinya menjadi tumpuan dua kuasa badminton ketika ini iaitu Jepun dan Taiwan diundi sekumpulan.