Home / Bola Sepak / Undian Piala Malaysia 2019

Undian Piala Malaysia 2019

Majlis Undian Piala Malaysia 2019 yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan pasukan Perak selaku juara Piala Malaysia edisi 2018 ditempatkan dalam kumpulan maut yang menampilkan Pahang, Sabah dan Pulau Pinang di dalam kumpulan C.

Naib juara Piala Malaysia edisi 2018 menampilkan Terengganu FC menghuni kumpulan A yang dibarisi pasukan Kedah, PKNS FC dan Negeri Sembilan.

JDT yang baru dinobatkan selaku juara liga Malaysia buat kali ke-6 berada di kumpulan B yang terdiri dari pasukan seperti PJ City FC, PKNP FC dan UiTM FC.

Mantan juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali Selangor pula menghuni Kumpulan D yang turut serta dibarisi oleh pasukan Melaka, Felda United dan juga PDRM.