Home / Bola Sepak / UiTM FC SIAP SEDIA HARUNGI LIGA SUPER MALAYSIA 2020 SEBAGAI PASUKAN UNDERDOG

UiTM FC SIAP SEDIA HARUNGI LIGA SUPER MALAYSIA 2020 SEBAGAI PASUKAN UNDERDOG

UiTM FC yang bakal mencipta sejarah tersendiri apabila bakal beraksi di pentas Liga Super Malaysia tidak mahu kekurangan pengalaman menjadi faktor yang boleh menjejaskan rentak untuk bersaingan bersama pasukan-pasukan utama dalam Liga Malaysia.

UiTM FC yang dikendalikan oleh ketua jurulatih Frank Bernhardt memperkenalkan barisan pemain yang bakal menggalas tugas kelab itu dalam saingan Liga Super musim ini.

UiTM FC mengekalkan 11 muka lama dengan menyuntik tenaga dengan 14 pemain baru ke dalam pasukan. Antara sandaran bekas pemain Kedah FA Shahrul Ikhwan serta bekas pemain muda Selangor Amirul Asyraf Ariffin selain pertahanan muda Muhd Danish Haziq.

UiTM FC turut menggunakan khidmat 4 pemain import musim ini iaitu Ousmane Fané (Perancis) dan Victor Nirennold (Perancis) selain Gustavo Almeida (Brazil) serta Rabih Ataya (Lubnan).

Turut diperkenalkan jersi baharu UiTM FC yang tidak kurang menariknya jersi utama berwarna merah. Manakala warna biru dan putih sebagai jersi kedua dan ketiga untuk aksi di gelanggang lawan.

Dengan membawa status pasukan underdog UiTM FC memahami hanya kerja keras menjadi kunci utama untuk mengimbangi kekuatan lawan yang berpengalaman dalam saingan Liga Super.

Pada musim lalu UiTM FC menamatkan kedudukan di tangga kelima Liga Perdana namun dinaikkan ke Liga Super bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan PKNS yang bertukar status menjadi pasukan feeder club kepada Selangor.

UiTM FC dijadualkan memulakan aksi menentang Melaka pada 29 Februari di Stadium UiTM Shah Alam.