Home / Lain - Lain / TUNKU MAHKOTA IBRAHIM MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC) BAKAL MENJADI HAB DAN MODEL PEMBANGUNAN BELIA

TUNKU MAHKOTA IBRAHIM MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC) BAKAL MENJADI HAB DAN MODEL PEMBANGUNAN BELIA

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjadikan pembinaan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) yang akan dibina di setiap daerah di Johor.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata TMIYC ini adalah inisiatif dan misi Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melahirkan generasi muda bangsa Johor yang berbudi, berpotensi dan berfikiran maju.

TMIYC adalah cetusan idea Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Johor Raja Zarith Sofea dan Tunku Ismail sejak 2017.

Tapak TMIYC pertama dirasmikan di Johor Bahru 21 Disember lalu dan Stadium Sultan Ibrahim di Muar dipilih sebagai pembangunan TMIYC kedua.

KBS memperuntukkan RM25Juta untuk pembangunan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre.

Sementara itu Tunku Ismail berkenan merasmikan majlis pecah tanah TMIYC dengan simbolik perasmian berkonsepkan permainan video.