Home / Badminton / Tugas getir menanti Hendrawan

Tugas getir menanti Hendrawan

Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara Hendrawan akui berdepan tugas berat untuk menggilap bakat muda negara.

Jelasnya selain mempersiapkan pemain bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, dia juga perlu mempersiapkan pemain untuk Piala Thomas juga tahun depan.

Tanggungjawab yang diletakkan ke bahu jurulatih kelahiran Indonesia itu adalah bagi memastikan bakat beberapa pemain perseorangan lelaki negara seperti Lee Zii Jia, Soong Joo Ven, Cheam June Wei dan Lim Chong King dapat diketengahkan sama seperti bekas pemain No. 1 dunia berkenaan.

Ketua Jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek pula lebih cenderung untuk membangunkan bakat baharu sebelum diserahkan kepada Hendrawan untuk digilap ke peringkat lebih tinggi.

Bakat baharu yang dimaksudkan ialah Leong Jun Hao, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Tan Jia Wei, Ng Tze Yong dan beberapa lagi yang berpotensi.