Home / Lain - Lain / TUAN RUMAH SUKAN MALAYSIA (SUKMA JOHOR 2020) TELAH BERSEDIA DAN PERSIAPAN BERJALAN LANCAR

TUAN RUMAH SUKAN MALAYSIA (SUKMA JOHOR 2020) TELAH BERSEDIA DAN PERSIAPAN BERJALAN LANCAR

Tuan rumah Sukan Malaysia 2020 (Sukma Johor 2020) Johor Darul Ta’zim meneruskan kembali temasya dwi tahunan itu selepas ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengadakan lawatan ke venue pertandingan di daerah Johor Bahru hari ini.

Dari pemerhatian boleh dikatakan semua venue hampir siap dengan anggaran persiapan antara 97 hingga 99%.

Sukma ke-20 Johor sepatutnya dilangsungkan pada Julai ini namun pandemik Covid-19 memaksa temasya itu ditangguhkan pada tarikh baharu iaitu pada 6 hingga 14 Mac tahun hadapan.

Bagaimanapun nama Sukma Johor 2020 dikekalkan oleh tuan rumah.

Susulan lawatan ini Datuk Seri Reezal Merican memaklumkan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keperluan dan persiapan tuan rumah.

Ini termasuk mengenalpasti prosedur operasi standard (SOP) serta perjalanan temasya Sukma Johor 2020 itu nanti.

Antara venue yang dikunjungi Datuk Seri Reezal Merican hari ini adalah stadium tertutup Arena Larkin, pusat akuatik Arena Larkin dan Valedrome Johor.

Beliau nyata berpuashati dengan perkembangan persiapan venue pertandingan.