SHAH ALAM, 22 Mac 2014 : Paulo Rangel tidak mensia-siakan peluang sepakan penalti dengan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada separuh masa pertama dengan kemenangan 1-0. Terlebih dahulu Kelantan memperolehi sepakan penalti yang diambil oleh Francis Doe tetapi dapat diselamatkan oleh penjaga gol Selangor Farizal Marlias.
Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama Selangor di Stadium Shah Alam apabila baru digunakan selepas pembaikan.
Gambar Oleh Radi Mohamad