Home / Lain - Lain / ISN terus ‘ditembak’ trio wanita negara

ISN terus ‘ditembak’ trio wanita negara

Kes saman tiga bekas penembak negara Muslifah Zulkifli, Norayuni Farhana Abd Halim dan Nursuriani Tayibi terhadap Institut Sukan Negara (ISN) akan kembali dibawah ke Mahkamah Seksyen.

Ini selepas Mahkamah Rayuan benarkan kes mereka yang digugurkan daripada Program Podium pada 2017 untuk dibicarakan.

Trio itu pernah membawa kes saman tersebut pada Oktober 2017 namun ditolak oleh Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Episod membabitkan tiga penembak itu bermula apabila empat penembak dalam Program Podium termasuk Muslifah, Ayuni, Suryani dan Muhammad Ezuan Nasir digugurkan daripada program pada Februari 2017.

Ia berlarutan apabila Ayuni dan Muslifah disingkirkan daripada skuad menembak KL2017 kerana dilabelkan sebagai tidak berdisiplin.

“Saya serahkan kes ini kepada pihak peguam. Biar mereka yang akan uruskan. Bukan mahu membuka pekung di dada sesiapa. Kami hanya mahu menegakkan keadilan,” katanya yang pernah meraih gangsa dalam acara 50 meter prone berpasukan Sukan Asia 2014 di Incheon.