Home / Lain - Lain / TRIO COMPOUND LELAKI RAIH EMAS

TRIO COMPOUND LELAKI RAIH EMAS

Di Parade Ground Clark pasukan memanah Malaysia yang dibarisi pemanah senior iaitu Muhammad Juwaidi Mazuki, Zulfadli Roslan sementara M.Kambeswaran membuat penampilan pertamanya di Sukan SEA kali ini.

Kekecewaan gagal meraih emas dalam acara terdahulu jelas membakar semangat trio negara ini yang menampilkan aksi yang lebih fokus pada perlawanan akhir menentang Vietnam.

Mereka tidak berhadapan masalah mendominasi perlawanan sehingga ends keempat.

Momentum negara bagaimanapun sedikit tersentak pada ends ketiga apabila kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 56-56.

Namun pasukan negara tetap tenang mengharungi tekanan sebelum memuktamadkan kemenangan dengan catatan 224-216 mata sekaligus mempertahankan pingat emas acara itu buat kali ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun rentak trio compound negara gagal diterjermahkan dengan baik Fatin Norfatehah pada peringkat akhir compound individu wanita.

Turun sebagai pilihan utama juara edisi yang lalu Fatin gagal mempertahankan gelarannya apabila kecundangan di tangan wakil Thailand.

Walaupun mendahului di dua ends pertama, momentum Fatin merudum pada baki dua ends berikutnya sebelum akur tewas dengan catatan 141-146 mata.