Home / Golf / TOURISM SELANGOR TERUS MEMACU GOLF SEBAGAI SUKAN PELANCONGAN DI SELANGOR

TOURISM SELANGOR TERUS MEMACU GOLF SEBAGAI SUKAN PELANCONGAN DI SELANGOR

Arena sukan golf negara tetap mendapat sambutan yang menggalakan menerusi penglibatan Tourism Selangor untuk memanfaatkan golf sebahagian daripada sukan perlancongan di negeri Selangor.

Dengan memiliki keseluruhan 29 kelab golf Selangor menjadi tumpuan sejurus selepas Majlis Keselamatan Negara (MNK) membenarkan sukan golf kembali aktif bermula 5 Mei lalu.

Walaupun sukar untuk menganjurkan kejohanan di peringkat antarabangsa saingan dikalangan pemain tempatan tetap mendapat sambutan hangat.

” Permintaan terlalu tinggi sehingga ditutup selepas pihak kami mengadakan sidang media. Dari situ kami melihat masih terdapat pasaran untuk kejohanan sukan golf sebagai sukan pelancongan “, ujar Azrul Shah Mohamad selaku pengurus besar Tourism Selangor.

Tourism Selangor merupakan penaja utama Selangor Classic turut tanpil menganjurkan Kejohanan Tourism Selangor di Kelab Golf Templer Park.

Kejohanan yang memasuki edisi kedua menyaksikan peningkatan penyertaan berjumlah 132 pemain sekaligus memberi impak positif terhadap industri pelancongan di negeri Selangor.