Home / Lain - Lain / Tourism Malaysia dan SIC jalin kerjasama promosi Tahun Melawat Malaysia 2020

Tourism Malaysia dan SIC jalin kerjasama promosi Tahun Melawat Malaysia 2020

Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menggiatkan lagi sukan permotoran negara mampu melipatgandakan jumlah kedatangan pelancong luar ke tanah air selain selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Tourism Malaysia mendapat sokongan padu daripada dua pasukan MotoGP sekaligus meraih pendedahan dan tontonan dunia.

Perlumbaan MotoGP di Litar Silverstone Britain Ahad lalu menyaksikan pasukan MotoGP negara Petronas Yamaha Sepang Racing Team memberi sokongan penuh untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Dua pelumbanya Franco Morbidelli dan Fabio Quartarato sempat meluangkan masa untuk sesi fotografi bersama sebuah teksi yang dihiasi dengan logo Tahun Melawat Malaysia 2020.

Sementara itu 135 teksi dan 2 bas telah mula mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2020 di sekitar London.

Kempen ini akan berlangsung selama setahun dengan Tourism Malaysia mengsasarkan 30 juta pelancong dan menjana pendapatan sehingga RM100 b.Saingan MotoGP bakal ditonton oleh 290 juta peminat sukan permotoran di 59 negara serta dilihat oleh ratusan juta penonton online dan di media sosial.

Dianggarkan 30% daripada pengunjung luar negara yang menghadiri perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia pada awal November nanti akan meneruskan percutian mereka di negara ini.

Selain perlumbaan MotoGP, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menjadi host kepada dua acara antarabangsa iaitu FIM Endurance World Championship (EWC) dan lumba kereta FIA World Touring Car Cup (WTCR)  menjelang akhir tahun ini.