Home / Lain - Lain / TOUR DE SELANGOR BUKA TIRAI KAYUHAN MUSIM BARU

TOUR DE SELANGOR BUKA TIRAI KAYUHAN MUSIM BARU

Perlumbaan basikal Tour de Selangor akan memulakan kayuhannya esok dan persiapan rapi telah dilakukan oleh semua pasukan bertanding bagi membuka saingan musim baharu dalam kalendar Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Persaingan antara pelumba terbaik negara dari Terengganu TSG Cycling Team Harris Salleh dan juara bertahan dari pasukan Sapura TSC Zawawi Azman.

Harrif Salleh adalah diantara pelumba yang membuat kemunculan pertama dalam Tour de Selangor berehat panjang selepas mengalami keracunan makanan pada perlumbaan Tour of Peninsular Oktober lalu dan juga tidak terpilih bagi mempertahankan pingat Sukan SEA lepas.

Bagi Harrif masih terlalu awal buat dirinya menyajikan persembahan terbaik memandangkan kurangnya latihan dibandingkan pelumba-pelumba lain yang tidak kurang hebat.

Selain Harrif, Anuar Manan dan Zawawi Azman saingan kali ini turut disertai pelumba veteren era 90an Tsen Siang Hong yang akan berkayuh untuk pasukan Kuala Lumpur.

Namun paling menarik semestinya penyertaan pemenang emas Sukan SEA Filipina Aiman Cahyadi yang akan beraksi untuk kelab dari Indonesia PGN.

Edisi kedua Tour de Selangor akan memulakan kayuhan esok membabitkan 5 peringkat perlumbaan sejauh 679.2km dengan Pulau Indah menjadi lokasi peringkat pertama perlumbaan.