Home / Lain - Lain / TOUR DE SELANGOR 2019 : CULEY CATAT HATRIK PADA SAINGAN DARI CYBERJAYA KE BUKIT JUGRA

TOUR DE SELANGOR 2019 : CULEY CATAT HATRIK PADA SAINGAN DARI CYBERJAYA KE BUKIT JUGRA

Selepas kejayaan menguasai dua peringkat perlumbaan kelibat Marcus Culey terus menjadi tumpuan pada hari ketiga saingan bermula di Cyberjaya menuju ke Bukit Jugra sejauh 90.1km.

Sebaik tiba di km 0 Culey diantara antara yang paling awal membuat henjutan kemudiannya pantas ditangkap ploton besar.

Menuju ke zon pendakian 1 di Salak Tinggi tiga pelumba yang berjaya membuat pecahan bersaing dengan pelumba PDRM Nik Mohd Zulkifli berjaya mengutip mata penuh.

Ketiga-tiga pelumba termasuk Zulhilmi Hamid dan Hafidz Zainal selain Nik meneruskan kayuhan dengan kelebihan seminit menuju ke zon pecut 1 di Dengkil dan diungguli Hafidz sebelum Zulhilmi pula memungut 5 minit di zon pecut 2 di Banting.

Walau bagai mana pun berbaki 10km menuju penamat, Hafidz dan Zulhilmi berjaya ditangkap ploton besar sementara Nik meneruskan kayuhan solo menuju ke Bukit Jugra.

Gagal untuk mengekalkan momentum sebaliknya kelibat Culey mula kelihatan terutamanya ketika pendakian penamat Bukit Jugra pada kilometer terakhir perlumbaan sebelum sekali lagi melepasi garisan penamat secara solo untuk gelaran kali ketiga.

Kedudkan Culey kini semakin sukar dicabar selepas merakam kelebihan sehingga 7 minit pada perubatan jersi kuning keseluruhan.

Tamat tiga peringkat perlumbaan menyaksikan laluan sukar membabitkan pendakian sudah pun berakhir.

Kini aksi saingan pakar-pakar pecut dengan laluan lebih landai untuk baki dua peringkat perlumbaan lagi.

Dan semestinya kelibat dua pakar pecut negara Anuar Manan dan Harrif Salleh bakal menjadi tumpuan.

Peringkat keempat saingan akan bermula di Selayang menuju ke Sungai Besar dengan jarak 144.6km.