Home / Bola Sepak / Tok Gajah Naik Minyak

Tok Gajah Naik Minyak

DSC_8890_2

Khyril Muhymeen cuba memberikan semangat kepada Badrol Bakhtiar agar berjuang hingga ke wisel penamat walaupon usaha mereka selama ini sudah berakhir di Kuantan. Gambar Oleh Ahmad Aki

Kuantan, 24 Oktober 2014 : Impian Lang Merah direntap oleh Tok Gajah yang kembali mengganas di laman sendiri dengan memenangi perlawanan separuh akhir ke 2 apabila membelasah Kedah 5-0 sekaligus memadam bekalan gol pasukan Kedah yang dibawa daripada Alor Setar.

Sebaik tiupan wisel mula, Pahang membuat serangan demi serangan dalam misi mencari gol awal. Gol pertama Pahang seawal minit keempat menerusi Matias Conti. Belum sempat Kedah menyusun permainan mereka, pintu gawang mereka dirobek lagi, kali ini menerusi pemain sayap, R Gopinathan. Conti sekali lagi bijak menyempurnakan hantaran lintang Azammudin Akil untuk gol ke 3 Pahang.

Gandingan mantap Conti dan rakan penyerangnya Dickson Nwaekeme yang sering menguncar-kacirkan pertahanan Kedah, membolehkan Pahang memperolehi gol ke 4 hasil tolakan mudah ke belakang Dickson yang disempurnakan oleh Conti di dalam kotak penalti.

Kedah yang dibimbing jurulatih Tan Cheng Hoe cuba mengubah corak permainan dan berjaya mendapat beberapa peluang terbaik untuk merapatkan jurang gol namun gagal disempurnakan oleh jentera serangan.

Malah kerancakan Kedah melancarkan serangan semakin pudar apabila Gopinathan meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-74 menerusi larian menarik dari kiri padang yang disudahkan dengan rembatan kencang menewaskan Saiful Amar.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*