Home / Hoki / TNB LIGA HOKI MALAYSIA 2020 : HOCKADEMY KL DAN PKS UNITED TERUS CATAT KEMENANGAN

TNB LIGA HOKI MALAYSIA 2020 : HOCKADEMY KL DAN PKS UNITED TERUS CATAT KEMENANGAN

Dua aksi Liga Hoki Malaysia menyakasikan kelompok dua teratas tidak berganjak selepas tamat perlawanan keempat.

Hockademy KL terus mengukuhkan kedudukan selepas menewaskan PDRM 2-0 sekaligus mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut.

Perlawanan berlangsung sengit menyaksikan suku akhir pertama seri tanpa jaringan.

Memasuki suku kedua Hockademy KL berjaya memecah kebuntuan gol menerusi jaringan padang Nur Amirah Syahirah Zulkifli pada minit ke-23.

Kelekaan pertahanan PDRM terus mengundang padah apabila dibolosi satu lagi jaringan padang disumbangkan Nur Atirah Mohd Ismail pada minit ke-32.

PDRM cuba melakukan kebangkitan di babak terakhir namun tidak memadai sekaligus akur tewas 0-2 setelah tamat 60 minit perlawanan.

Tiga mata yang diraih Hockademy KL menyaksikan mereka mengekalkan rekod 4 perlawanan tanpa kalah untuk mengutip 12 mata maksimum.

Manakala PKS United kekal di tangga kedua apabila turut menang 2-0 keatas Sabah.