Home / Golf Remaja / Mirabel cemerlang di Queensland

Mirabel cemerlang di Queensland

Mirabel Ting bersama Mrs N.G. Hatton Jug. Gambar ©golf.org.au

KUALA LUMPUR 27 Ogos 2019 : Pemain golf remaja, Mirabel Ting membawa perkhabaran gembira buat negara apabila beraksi cemerlang untuk memenangi Mrs N.G.Hatton Jug di lapangan Gailes, kelab golf Queensland kelmarin.

Mirabel yang merupakan pemenang termuda dalam kejohanan golf anjuran Persatuan Golf Malaysia (MGA) tahun lalu beraksi cemerlang dengan melakukan catatan keseluruhan 3 dibawah par, 285 pukulan, mendahului 3 pukulan di hadapan pemain dari Australia, Cassie Porter.

Cassie berjaya melakukan catatan ‘hole-in-one’ pada lubang ketiga di pusingan akhir kejohanan namun terpaksa akur dengan kelebihan dan ketenangan Mirabel menyerap segala tekanan.

Berasal dari negeri Sarawak dan kini meneruskan pengajiannya di Hills International College, Brisbane, nama Mirabel kini sebaris dengan nama-nama pemain golf wanita dunia seperti Kerrie Web, Su Oh dan Karis Davidson yang pernah memahat nama mereka di Mrs. N.G. Hatton Jug.

Kejayaan tersebut juga melayakkan Mirabel untuk bersaing dalam kejohanan ‘matchplay’ yang akan bermula pada Khamis ini.

16 pemain yang layak adalah Mirable Ting, Cassie Porter, Steph Kyriacou, Grace Kim, Kathryn Norris, Tan, Lisa Edgar, Charley Jacobs, Park, Brittney Dryland, Kerri Bong, Kelsey Bennett, Sarah Wilson, Steffi Vogel, Momo Sugiyama da Hannah Reeves.