Home / Lain - Lain / Tiada tempat buat atlet berprestasi tangkap muat

Tiada tempat buat atlet berprestasi tangkap muat

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan memastikan hanya atlet yang benar-benar layak dipilih ke Sukan SEA Filipina November ini.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata MOM tidak mahu ada atlet tangkap muat yang akan berikan imej buruk kepada negara.

Tegas beliau pihaknya sudah serik dengan pengalaman lepas sehingga berikan kesan negatif kepada kontinjen negara.

Sementara itu Datuk Seri Norza yang juga presiden BAM mahu proses rundingan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dimulakan secepat mungkin mengenai halatuju Akademik Badminton Malaysia.

Ia bagi merealisasikan matlamat utama pembinaan akademik tersebut iaitu untuk mewujudkan Pusat Prestasi Tinggi bertaraf dunia.

Operasi akademik itu dilaporkan tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana masih belum terima peruntukan sebanyak RM60 juta bagi tempoh 2019-2020 yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu.