Home / Lain - Lain / Tiada istilah ‘ghairah’ dalam sukan gimnastik dan gimrama – MSN

Tiada istilah ‘ghairah’ dalam sukan gimnastik dan gimrama – MSN

Majlis Sukan Negara menegahkan tiada istilah ghairah dalam sukan gimnastik dan gimrama seperti yang didakwa exco Terengganu berhubung pemakaian atlet dalam sukan berkenaan yang mempamerkan aksi ghairah.

Menurut Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihaknya kecewa dengan kenyataan sedemikian yang mampu merisikokan masa depan atlet Malaysia yang berpotensi mengharumkan nama negara di pentas sukan.

Jelas Datuk Ahmad Shapawi MSN memaklumkan isu pemakaian sukan khususnya bagi sukan yang melibatkan pendedahan aurat pernah dibincangkan beberapa kali hingga ke peringkat parlimen.

Pihaknya menyifatkan kerisauan Kerajaan Terengganu terhadap pemakaian atlet merisikokan masa depan sukan berkenaan yang sering mengharumkan nama negara.

Untuk beberapa jenis sukan tertentu secara asasinya menampilkan pemakaian sedemikian rupa, MSN berkata terpulang kepada individu terlibat untuk mempraktikkan atau tidak.

Semalam Kerajaan Terengganu mengumumkan akan menarik diri daripada beberapa jenis sukan yang bercanggah sepenuhnya dengan syariat Islam.

Ia selepas Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet bukan saja melibatkan aspek pemakaian tetapi perkara lain seperti pergaulan