Home / Hoki / THT Juara Berganda Musim 2014

THT Juara Berganda Musim 2014

Pemain-pemain THT meraikan kejayaan penjaga gol, Hafizuddin Othman menyelamatkan pukulan penalti pasukan KLHC.

Pemain-pemain THT meraikan kejayaan penjaga gol, Hafizuddin Othman menyelamatkan pukulan penalti pasukan KLHC.

Kuala Lumpur, 14 Disember 2014 : Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya mencatatkan sejarah apabila memperolehi kejuaraan berganda setelah menewaskan pasukan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) melalui Penalty Shoot Out setelah seri 3-3 selepas tamat perlawanan akhir Piala TNB.

Faizal Shaari mencatatkan permulaan cemerlang dengan menjaringkan gol THT pada minit ke-6.

Faizal Shaari mencatatkan permulaan cemerlang dengan menjaringkan gol THT pada minit ke-6.

THT berjaya mengejutkan KLHC apabila Faizal Shaari menjaringkan gol pertama melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-6. THT terus mengungguli perlawanan akhir apabila menambah dua lagi jaringan melalui Fitri Shaari (minit ke-9) dan Faizal Shaari (minit ke-31).

Impian THT untuk terus menggungguli perlawanan akhir secara mudah tidak direalisasikan apabila KLHC bangkit untuk menyamakan kedudukan. Bermula dengan kejayaan dua pukulan sudut penalti oleh Razie Rahim (minit ke-51 dan ke-55), KLHC berjaya membawa perlawanan akhir ke penentuan melalui Penalty Shoot Out selepas Mohd Syamin Yusof menjaringkan gol pada minit ke-59.

KLHC

Perlawanan kekal 3-3 sehingga tamat masa sebelum THT berjaya menewaskan KLHC 2-1.

Pemain-pemain TNB meraikan kejayaan memenangi tempat ke-3 Piala TNB 2014.

Pemain-pemain TNB meraikan kejayaan memenangi tempat ke-3 Piala TNB 2014.

Dalam perlawanan penentuan ketiga dan keempat, TNB berjaya menewaskan Maybank 4-2 melalui Penalty Shoot Out selepas terikat 1-1 selepas tamat perlawanan.

Pemain terbaik perlawanan akhir : Fitri Shaari (THT)
Penjaring terbanyak : Faizal Shaari (THT)
Penjaga gol terbaik : Hafizuddin Othman (THT)
Pemain terbaik kejohanan : Faiz Helmi Jali (TNB)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*