Home / Bola Sepak / THE RED GIANTS YAKIN DENGAN ADUNAN PEMAIN BERPENGALAMAN BAGI MENGHADAPI MUSIM 2020

THE RED GIANTS YAKIN DENGAN ADUNAN PEMAIN BERPENGALAMAN BAGI MENGHADAPI MUSIM 2020

Penyertaan enam pemain baru sudah memadai buat Selangor untuk membentuk pasukan terbaik mengharungi musim baru saingan Liga Malaysia.

The Red Giants sudah merasai impak kehadiran pemain-pemain sensasi yang telah ditandatangani dan tidak berhasrat melakukan urusan perpindahan lagi.

Ini adalah minggu ketiga persiapan Selangor di Shah Alam yang dipantau jurulatih B.Satianathan menuju musim baru.

Kalendar pertandingan 2020 bakal dimulakan dengan saingan jemputan empat penjuru Cabaran Asia Selangor bermula 18 hingga 19 Januari dan Piala Meizhou Hakka di China pada 24 hingga 29 Januari disusuli pembukaan Liga Malaysia pada Februari.

Selain Selangor, kelab divisyen 1 Thailand, Chonburi FC dan kelab divisyen 1 Korea Selatan, Sangju Sangmu turut menyertai kejohanan tersebut bersama tuan rumah, Meizhou Hakka FC.

Kejohanan 4 penjuru Piala Cabaran Asia yang julung kali diadakan pula melibatkan penyertaan tiga pasukan terbaik dari negara jiran iaitu Bangkok United FC dari Thailand, Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia).

Rombakan pasukan dianggap lengkap menerusi penyertaan enam pemain baru yang dipikat menggantikan 9 pemain yang dilepaskan.

The Red Giants tampil selaku pasukan yang aktif dalam pasaran perpindahan khususnya kejayaan sensasi mengikat Brendan Gan serta adunan pemain baru yang berpengalaman lebih meyakinkan untuk cuba mendapat gelaran tahun depan.

Kehadiran pemain sensasi dan berkualiti juga mula memberikan impak awal dalam kem pasukan sekaligus menggembirakan barisan jurulatih.