Home / Bola Sepak / THE RED GIANTS UBAH VENUE LATIHAN MENJELANG SAINGAN PIALA MALAYSIA

THE RED GIANTS UBAH VENUE LATIHAN MENJELANG SAINGAN PIALA MALAYSIA

Kebimbangan penularan wabak Covid-19 ketika ini terutamanya di negeri Selangor yang sedang menjalani tempuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Turun menerima kesan pasukan juara 33 kali Piala Malaysia The Red Giants. Sebagai langkah keselamatan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) membuat keputusan untuk mengadakan sesi latihan di negeri lain.

Selangor yang kini dibimbing pemangku jurulatih Michael Feichtenbeiner tidak mahu isu Covid-19 membataskan persiapan pasukan.

Justeru bagi memastikan pemain dan barisan kejurulatihan berasa selesa dan selamat FAS membuat keputusan untuk menjalani latihan di Stadium Paroi Negeri Sembilan bermula semalam sehingga Isnin nanti.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan di laman rasmi FAS dan akan memastikan langkah-langkah SOP dilakukan seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketikan ini Selangor antara negeri yang dikuatkuasakan PKPB yang mana tidak membenarkan aktiviti sukan bersentuhan dijalankan.