Home / Bola Sepak / THE RED GIANT IDAM SLOT ASIA 2021

THE RED GIANT IDAM SLOT ASIA 2021

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memasang hasrat tinggi untuk layak ke peringkat Asia 2021 dan misi ini diperkemaskan dengan penyertaan enam muka baru memperkuatkan pasukan bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2020 yang akan membuka tirai saingan Februari depan.

Berjaya mengekalkan barisan pemain utama musim lalu disamping penyertaan enam muka baru termasuk dua bekas pemain Perak Brendan Gan dan Norhakim Hassan selain seorang lagi pemain berdarah kacukan.

Jelas sasaran tinggi mahu dicapai skuad Red Giant dibawah kendalian jurulatih B.Sathianathan layak ke saingan peringkat Asia pada tahun 2021.

FAS mengadakan majlis memperkenalkan barisan pemain yang akan beraksi pada saingan Liga Super bagi musim 2020.

Selain enam pemain baru, Selangor turut mengekalkan empat pemain importnya iaitu Rufino Sergovia, Ifedayo Olusegun, Sandro da Silva dan Taylor Regan.

Pada majlis pengenalan yang dihadiri Presiden FAS YM Tengku Amir Shah Sultan Sharifuddin Idris Shah kesemua pemain turut memperkenalkan jersi edisi khas pasukan berwarna hitam dengan hanya 2000 unit dijual kepada peminat.

Untuk rekod Selangor menamatkan kempen Liga Super musim 2019 ditempat ketiga di belakang juara liga Johor Darul Ta’zim dan Pahang.