Home / Lain - Lain / THE POCKET ROCKETMAN RAIH GANGSA DI KEJOHANAN BASIKAL TREK DUNIA DI BERLIN

THE POCKET ROCKETMAN RAIH GANGSA DI KEJOHANAN BASIKAL TREK DUNIA DI BERLIN

Jaguh basikal trek negara Azizulhasni Awang memulakan aksi pada Kejohanan Basikal Trek Dunia di Berlin Jerman dengan langkah kanan selepas meraih pingat gangsa dalam acara Keirin.

Emas diungguli peserta Belanda Harrie Levreysen diikuti pelumba Jepun Yuta Wakimoto.

Namun kejayaan Azizul ini pastinya menyemarakkan impian menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang hanya berbaki lima bulan saja lagi.

Pada aksi final Azizulhasni Awang berentap bersama lima pelumba lain dimana pengalaman banyak membantu jaguh negara yang diberikan gelaran The Pocket RocketMan itu.

Saingan sengit di Veledrom Berlin ini melibatkan saingan tiga pelumba tumpuan selain Azizulhasni yang cemerlang sebelum ini menjuarai perlumbaan kedua di peringkat separuh akhir aksi pelumba Jepun Yuta Wakimoto yang memenangi aksi perlumbaan pertama.

Harrie Levreysen dari Belanda juga turut bertenaga dengan menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat untuk meraih emas diikuti Yuta Wakimoto meraih perak dan Azizulhasni sekadar berpuashati dengan pingat gangsa.

Ini merupakan kejayaan yang membanggakan walaupun Azizulhasni yang berusia 21 tahun itu yang baru saja pulih dari kecederaan akibat perlumbaan pada Siri Dunia di Brisbane Australia dua bulan lalu.

Ia adalah kejayaan keenam buat Azizulhasni sepanjang penyertaan beliau di Kejohanan Dunia sejak 2009 dengan dua perak dan dua gangsa berjaya digenggam pelumba kelahiran Terengganu itu dalam acara Keirin dan pecut.

Beliau meraih pingat perak di kejohanan itu di Poland pada 2009 dalam acara pecut, dan mengulanginya pada tahun seterusnya di Copenhagen, Denmark dalam acara keirin.

Azizulhasni juga meraih pingat gangsa di Paris pada 2015 dan edisi 2016 di London dalam acara keirin