Home / Bola Sepak / The Cops ‘Sergah’ Gergasi Merah Kuning

The Cops ‘Sergah’ Gergasi Merah Kuning

BIQ_1491e

Shah Alam , 20 Ogos 2014 – Juara Liga Perdana 2014, PDRM FC jelas tidak gugup apabila berdepan dengan pasukan bergelar Gergasi Merah Kuning apabila berjaya menundukkan Selangor 0-2 dalam aksi Piala Malaysia 2014 pada perlawanan kedua Kumpulan D.

PDRM mengasak kubu Selangor di awal minit permainan sehingga pada minit ke 13 kapten Selangor Bunyamin Omar dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan penyerang lincah PDRM, Ashfaq Ali di dalam kotak penalti. Ashfaq Ali dengan tenang menyudahkan sepakan penalti dengan menghalakan bola ke tengah-tengah pintu gol Selangor.

Perlawanan selepas itu dikuasai penuh oleh PDRM yang mempunyai kelebihan seorang pemain. PDRM menambah 1 gol lagi menerusi penyerang import mereka Chad Charles Souza yang baru dimasukan pada lewat permainan.

Gambar Oleh : Radi Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*