Home / Bola Sepak / THE BOS GAURUS LANCARKAN JERSI BAHARU MUSIM 2020

THE BOS GAURUS LANCARKAN JERSI BAHARU MUSIM 2020

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersederhana dalam majlis memperkenalkan pemain dan jersi baharu pasukan skuad The Bos Gaurus bagi menghadapi musim 2020.

Jersi baharu yang diperkenalkan tiada logo yang menonjol dan hanya sekadar mempromosikan Visit Perak dan Pangkor Duty Free Island.

Perak yang sebelum ini mengalami masalah dengan penajaan jersi untuk musim 2020 dan perkara ini diselesaikan selepas keputusan drastik diambil dengan menukar penaja pada saat akhir.

Tumpuan pada sesi memperkenalkan jersi dan pemain lebih terarah kepada kit terkini The Bos Gaurus.

Jersi baharu jenama Kelme itu didatangkan dengan warna kuning hitam untuk jersi di gelanggang sendiri. Manakala jersi warna putih hitam digunakan pada perlawanan di tempat lawan.

Setiausaha Kehormat PAFA Mohamad Azlin Mohd Nadzri pada musim ini tiada logo mana-mana penaja akan diletakkan pada jersi pasukan.

Promosi Visit Perak dan Pangkor Duty Free Island diletakkan pada jersi pasukan sudah dipersetujui rakan penaja PAFA dan ia selari dengan hasrat kerajaan negeri bagi mempromosikan Tahun Melawat Perak 2020.

Beliau berkata pasukan Perak memilih untuk menggunakan jenama Kelme daripada Sepanyol disebabkan kualitinya yang telah terbukti di peringkat antarabangsa.

“Saya lihat Kelme ini adalah satu jenama antarabangsa dan banyak digunakan oleh pasukan bola sepak luar negara selain dalam La Liga Sepanyol,” katanya.

Mohammad Azlin berkata jersi itu akan dijual kepada orang ramai dan penyokong pada harga berpatutan iaitu RM89 sehelai.

Dalam pada itu Perak tampil dengan barisan pemain muda dan kebanyakkannya anak jati negeri itu bagi memulakan kempen Liga Super bermula ujung bulan ini.