Home / Bola Sepak / The Bos Gaurus Curi 3 Mata

The Bos Gaurus Curi 3 Mata

SelvsPrk5

Shah Alam, 3 Mei 2015 : Selangor gigit jari apabila pasukan dengan gelaran The Bos Gaurus mencuri 3 mata penuh di laman Red Giant. Selangor mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas 2-1 kepada Perak biarpun mendahului menerusi tandukan Guilherme De Paula pada minit ke-18.

SelvsPrk4
Perak yang pada mulanya tidak dapat menyerap tekanan bermain di depan puluhan ribu penyokong tuan rumah dapat menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Nam Kung Woong pada masa kecederaan babak pertama selepas dia sendiri dijatuhkan Leandro dos Santos.

Pasukan Perak bangkit pada separuh masa kedua dengan bermain lebih kemas dan berjaya menambah gol kedua hasil sepakan percuma cantik Nurridzuan Abu Hassan menewaskan Hamsani Ahmad minit ke-61. Namun Perak kehilangan pemain tersebut apabila Nurridzuan dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-85

SelvsPrk2

Gambar Oleh : Aqil Shatir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*