Home / Lain - Lain / THAILAND KECEWA MALAYSIA DALAM PERLAWANAN PERTAMA FLOORBALL

THAILAND KECEWA MALAYSIA DALAM PERLAWANAN PERTAMA FLOORBALL

Pasukan Floorball wanita Malaysia tumpas kepada Thailand 8-2 pada aksi pembukaan di Kolej Of Human Kinetic Gym.

Pasukan negara memperoleh pengajaran berharga menyaksikan Malaysia ketinggalan 4-0 pada suku pertama dan dirobek sekali lagi dengan 3 gol di separuh masa kedua untuk kedudukan semasa 7-0.

Walaupun Thailand nampak ampuh disegenap posisi untuk terus menambah satu lagi gol disuku terakhir pasukan negara tetap berjaya membolosi gawang lawan dengan 2 gol menerusi Mikaila Khoo dan Nur Diana Atira Zulkifli untuk suku ketiga berakhir dengan keputusan 8-2 memihak Thailand.

Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Singapura pada perlawanan kedua dan pasukan floorball lelaki akan menyusul di sebelah petang juga menentang Singapura.