Home / Hoki / TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM (THLT) PROTEST HOCKADEMY KUALA LUMPUR

TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM (THLT) PROTEST HOCKADEMY KUALA LUMPUR

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini mengesahkan menerima protest rasmi bantahan Hockademy Kuala Lumpur dalam saingan wanita Liga Hoki Malaysia TNB 2020.

Bantahan itu dihantar oleh Terengganu Ladies Hockey Team (THLT) yang mempersoalkan status pendaftaran juara baharu liga musim ini.

Jawatankuasa Pertandingan MHC bakal membuat keputusan esok yang dilihat sama ada menerima atau menghukum kelab baharu itu.

Yang menimbulkan persoalan kenapa pada waktu ini THLT membuat bantahan selepas saingan liga melabuhkan tirainya.

Satu sidang media khas diadakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC Datuk Seri Aniljit Singh memaklumkan penerimaan bantahan dalam saingan wanita.

THLT memprotest pasukan Hockademy Kuala Lumpur selepas mendapati terdapat percanggahan pendaftaran dan pengesahan kelab itu dengan badan induk hoki negara.

Jawatankuasa Pertandingan MHC telah meminta Hockademy Kuala Lumpur membuat penjelasan dan dalam masa yang sama Hockademy mempertahankan kedudukan mereka.

Jawatankuasa Pertandingan dijangka membincangkannya dan membuat keputusan esok kerana Hockademy KL dijadualkan akan memulakan saingan Piala Vivan esok berdepan PDRM dan Red Warriors di peringkat separuh akhir pada sebelah petang.