Home / Lain - Lain / Terengganu juarai Kejohanan Ragbi National 7s 2019

Terengganu juarai Kejohanan Ragbi National 7s 2019

Terengganu muncul juara kategori Man Core selepas berjaya menumpaskan Kelantan 24-5 pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi National 7s yang berlangsung di Padang Ipoh, Perak.

Terengganu menunjukkan kehebatannya dengan memperolehi 24 mata hasil empat Try dan dua Conversion.

Pasukan itu memperolehi mata seawal minit pertama menerusi try dilakukan Haikal Ibrahim diikuti dengan try oleh Haris Ikrar Anhar pada minit ke-5 dan ke-7 oleh Shafi Mohd Said.

Manakal dua conversion disempurnakan oleh Fairus Abd Rahman sementara Kelantan memperolehi 5 mata menerusi satu try dilakukan Mohd Amir Ibrahim.

Dalam kategori wanita pula Johor menewaskan Perak 17-5. Bagi kategori lelaki Qualifier Sabah menewaskan Perlis 26-0.

Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 28-7 dalam kategori lelaki B20. Manakala dalam kategori wanita B20 dimenangi Labuan.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan perlawanan akhir kategori utama serta menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.