Home / Bola Sepak / Tan Cheng Hoe umumkan senarai 24 pemain ke Indonesia

Tan Cheng Hoe umumkan senarai 24 pemain ke Indonesia

Jurulatih Harimau Malaya, Tan Chen Hoe

Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe memutuskan untuk membawa 24 pemain ke Indonesia bagi perlawanan sulung pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Dalam senarai yang diumumkan menyaksikan pertambahan seorang lagi pemain dibuat sebagai langkah persediaan sekiranya Mohamadou Sumareh yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan.

Ketua pasukan Mohd Farizal Marlias mengetuai barisan tiga penjaga gol yang disenaraikan manakala kesemua lapan pemain pertahanan yang berada dalam kem latihan turut kekal berada dalam perancangan pasukan.

13 pemain lagi merupakan dari posisi tengah serta serangan menyaksikan dua pemain yang membuat penampilan sulung seperti J.Partiban dan Mohd Danial Amier berjaya tersenarai mengiringi tonggak lain seperti Mohd Nor Azam Abd Azeh, Mohd Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad.

Tiga yang digugurkan ialah Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Faiz Mohd Nasir dan Mohd Jafri Mohd Firdaus Chew berkenaan masalah prestasi dan kecergasan.

Manakala seorang lagi bakal diketepikan di Jakarta nanti bagi melengkapkan skuad penuh 23 pemain bergantung kepada status kecederaan Mohamadou Sumareh.

Bagaimanapun semua yang digugurkan akan dipertimbangkan semula oleh Cheng Hoe bagi perlawanan kedua kempen menentang Emeriah Arab Bersatu (UAE) di tempat sendiri 10 September ini.