Home / Badminton / TAN BIN SHEN ISI KEKOSONGAN KEJURULATIHAN

TAN BIN SHEN ISI KEKOSONGAN KEJURULATIHAN

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan perlantikan bekas pemain kebangsaan Tan Bin Shen selaku jurulatih baharu skuad negara.

Sedikit rombakan turut dilakukan dengan Vee Shen akan melatih beregu lelaki dibawah pimpinan Flandy Limpele sementara Hoon Thien How akan menyertai Chan Chong Ming membimbing beregu wanita.

Menurut pengarah kejurulatihan BAM Wong Choon Hann kehadiran Tan Bin Shen secara tidak langsung memudahkan perjalanan program sedia ada memandangkan pemain-pemain turut mengenalinya secara rapat.

Cuma sedikit perubahan dilakukan dengan Bin Shen diletakkan bersama Flandy Limpele untuk mengendalikan skuad beregu lelaki.

Kehadiran Bin Shen pastinya akan menguatkan lagi kemampuan Flandy terutamanya dari segi komunikasi dengan pemain.

Manakala kekosongan di bahagian beregu wanita akan diisi Hoon Thien How bagi membantu Chan Chong Ming.

Choon Han melihat transisi Thien How sebagai sesuatu yang sukar memandangkan dia pernah berada di posisi sama sebelum ini.

Kemasukan Bin Shen dapat memaju persiapan pasukan negara menjelang tahun 2021.