Home / Bola Sepak / TAHNIAH Skuad Bawah 13 tahun NFDP ! Juara IBER CUP Costa De Sol 2015

TAHNIAH Skuad Bawah 13 tahun NFDP ! Juara IBER CUP Costa De Sol 2015

Barisan pemain skuad bawah 13 tahun Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) selepas menjuarai kejohanan bolasepak Iber Cup 2015. Gambar sumber NFDP

Barisan pemain skuad bawah 13 tahun Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) selepas menjuarai kejohanan bolasepakIber Cup Costa De Sol 2015. Gambar sumber NFDP

Marbella, Spain 27 Jun 2015 : Pasukan Bawah 13 tahun Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), muncul juara kejohanan bolasepak Iber Cup Costa De Sol 2015  setelah menewaskan pasukan Sporting Lisbon 2-1.

2 gol yang dijaringkan oleh Luqman Hakim Samsudin dan Mohd Hariz Mansor sudah cukup untuk membawa pasukan bimbingan ketua jurulatih, Lim Teong Kim, untuk muncul juara buat kali pertama.

Penjaring 2 gol negara di perlawanan akhir Luqman Hakim Samsudin dan Mohd Hariz Mansor

Penjaring 2 gol negara di perlawanan akhir Luqman Hakim Samsudin dan Mohd Hariz Mansor

Walaupun tidak diberi sebarang harapan sebelum bermula kejohanan, skuad yang berpangkalan di Gambang, Pahang menewaskan beberapa kelab-kelab terkemuka dunia antaranya pasukan FC BARREIRENSE B13 pada perlawanan suku akhir dan pasukan Sevilla FC B13 di perlawanan separuh akhir.

Aksi perlawanan Pasukan B13 Malaysia NFDP menentang Sporting Lisbon B13. Gambar sumber NFDP

Aksi perlawanan Pasukan B13 Malaysia NFDP menentang Sporting Lisbon B13. Gambar sumber NFDP

Semoga dengan kemenangan ini membawa sinar dan harapan kepada pasukan bolasepak Malaysia dan diharapkan pemain-pemain skuad bawah 13tahun ini terus dijaga bagi memartabatkan sukan bolasepak di negara kita.

Dari meja Editor Sukan Malaysia, Tahniah Skuad Bawah 13tahun Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) !

Leave a Reply