Home / Lain - Lain / Taekwondo raih gangsa di Sukan Universiti Dunia

Taekwondo raih gangsa di Sukan Universiti Dunia

Kredit : Majlis Sukan Politeknik Malaysia

Kontinjen Malaysia mengakhiri penyertaan ke Sukan Universiti Dunia ke-30 di Napoli, Itali dengan memperolehi satu pingat gangsa menerusi pasukan taekwando.

Pingat gangsa diperolehi menerusi gandingan Ahmad Nor Iman Hakim (Politeknik Nilai), Muhammad Syafiq bin Zuber (Politeknik Nilai), Rozaimi bin Razali (UPM) dan Hamdan bin Rinaldi (UTeM).

Pasukan Malaysia mencatat kemenangan menentang Mexico, Poland (34-14) dan USA (35-15) sebelum tumpas kepada pasukan Iran (10-36) di peringkat separuh akhir.

Pingat gangsa ini mengakhiri penantian Malaysia selepas menunggu lebih 10 tahun bagi edisi Sukan Universiti Dunia ini.

Kontinjen Malaysia dipimpin oleh Prof Madya Dr Mohd dibarisi 35 atlet dan 22 pegawai bagi acara gimnastik artistik, gimnastik berirama, memanah, menembak, olahraga, renang dan taekwando.