Home / Lain - Lain / SYARIFUDDIN UNGGULI LITAR LOSAIL QATAR

SYARIFUDDIN UNGGULI LITAR LOSAIL QATAR

Lagu Negaraku berkumandang di Litar Antarabangsa Losail Qatar apabila pelumba muda negara Syarifuddin Azman meraih kemenangan pada pusingan pertama pelumbaan Tour Asia Talent Cup (ATC 2020) semalam.

Syarifuddin atau lebih dikenali Damok melengkapkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan terpantas dengan 30’56.093 saat.

Dia melakukan 0.049 saat dihadapan pencabarnya dari Jepun Kanta Hamada yang berada di tempat kedua.

Melengkapkan pentas podium bagi kempen pembuka tirai 2020 adalah pelumba Australia Harrison Voight manakala seorang lagi pelumba negara Sharul Sharil di tempat ke-10.

Selepas dua perlumbaan, pelumba berusia 19 tahun itu kini berada di tangga kedua carta pelumba dengan 41 mata manakala Hamada mendahului dengan 45 mata diikuti dengan Sharul di tangga ke-8 dengan 16 mata.