Home / Bola Sepak / SYAFIQ AHMAD DITIMPA KEMALANGAN

SYAFIQ AHMAD DITIMPA KEMALANGAN

Gambar : Emmer Farid / SukanMalaysia

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian. Semua mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat manakala yang cedera pula dihantar ke Hospital Seberang Jaya.

Di pihak Sukan Malaysia kami mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau.

Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.Al-Fatihah.