Home / Lain - Lain / SUKMA JOHOR DAN SUKAN PARA SUKMA 2020 DITUNDA KE 2022

SUKMA JOHOR DAN SUKAN PARA SUKMA 2020 DITUNDA KE 2022

Pandemik Covid-19 terus memberi kesan mendalam terhadap sektor sukan apabila kalendar sukan tahun hadapan berdepan dengan kekangan hebat dari sebarang aktiviti.

Turut terkesan adalah penganjuran Sukan Malaysia dan Para Sukma Johor 2020 yang dua kali ditunda sebelum ini akhirnya dibatalkan.

Pembatalan dua temasya itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican.

Menurut beliau Sukma edisi ke-20 itu terpaksa dibatalkan akibat ketidaktentuan penularan Covid-19 yang telah memasuki gelombang ketiga di Malaysia.

Pembatalan Sukma tahun depan itu menyaksikan ia bakal dianjurkan semula pada tahun 2022.

Jelas Datuk Seri Rizal Johor ditawarkan menjadi tuan rumah Sukma dan Para Sukma 2020 kerana secara amnya sudah 99% bersedia dari segi perancangan, pengurusan, teknikal dan kemudahan pertandingan.

Untuk rekod tarikh asal penganjuran Sukma Johor 2020 adalah pada 6 hingga 14 Mac sebelum ia tunda buat kali pertama pada 11 hingga 19 Julai 2020.

Namun akibat kes positif yang kian meningkat ia ditunda buat kali kedua bermula 2 hingga 10 April 2022.

Dan kali ini Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilihat mengambil langkah tepat demi menjaga keselamatan 30,000 kontinjen yang bertanding dengan membatalkan serta merta penganjuran tahun hadapan dan kembali diadakan pada tahun 2022.