Home / Lain - Lain / #SukanAsia : Ratu skuasy janji Emas dan Perak

#SukanAsia : Ratu skuasy janji Emas dan Perak

Datuk Nicol David dalam aksi separuh akhir acara individu. Gambar oleh Mohd Khairol Rizal © CSN

JAKARTA 26 August 2018 : Ratu Squasy negara, Datuk Nicol David dan S Sivasangari menjadi kan Emas dan Perak milik Malaysia apabila kedua-duanya melangkah ke acara akhir individu wanita Sukan Asia 2018, sebentar tadi.

Nicol menewaskan wakil India, Dipika Pallikal  11-7,11-9,11-6., manakala S Sivasangari melakukan kejutan apabila menewaskan pemain ke-16 dunia, Joshana Chinappa 12-10,11-6, 9-11, 11-7

Perlawanan akhir acara individu esok juga dilihat oleh penganalisa sukan sebagai penentu siapa pemain nombor satu negara.

“Saya tidak pernah bertemu Nicol di pentas kejohanan sebesar ini. Ia umpama impian jadi kenyataan. Sudah pasti saya mahu menang dan begitu juga dia. Ia adalah hari yang baru esok, buat masa sekarang saya gembira kami mara ke final,” kata Sivasangari.

Bagi Nicol, 35 tahun, sudah pasti perlawanan akhir esok menjadi medan untuk memburu emas kelima individu di Sukan Asia.

“Sememangnya saya mengharapkan aksi final sesama sendiri esok. Tidak kira siapa, saya akan beri yang terbaik dan fokus kepada permainan diri sendiri,” katanya.

Pertemuan final di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno menjanjikan emas kedua kontinjen negara di Sukan Asia 2018.