Home / Lain - Lain / Sukan SEA Filipina 2019 : Skuad ragbi negara punyai peluang seimbang

Sukan SEA Filipina 2019 : Skuad ragbi negara punyai peluang seimbang

Skuad ragbi wanita 7 sebelah negara dalam landasan tepat untuk ke perlawanan akhir temasya Sukan SEA 2019 di Filipina November nanti.

Mengikut undian peringkat kumpulan yang telah dijalankan oleh tuan rumah Malaysia diundi bersama Indonesia dan seteru utama Singapura.

Sekaligus peluang agak seimbang buat skuad negara berikutan memiliki rekod baik keatas Singapura pada saingan siri ragbi Asia bulan lalu.

Pada saingan siri ragbi Asia September lalu dua kali skuad wanita negara berjaya mengejutkan pasukan jiran Singapura dengan menang pada penentuan klasifikasi 7/8 di Korea sebelum mengatasi Singapura dengan keputusan 19-5 pada peringkat separuh akhir Plate di China.

Ini sekaligus turut mengesahkan kedudukan Malaysia untuk kekal dalam kempen siri ragbi Asia bagi musim 2020.