Home / Lain - Lain / Sukan SEA Filipina 2019 : Ragbi wanita sasar pingat perak

Sukan SEA Filipina 2019 : Ragbi wanita sasar pingat perak

Menjelang temasya Sukan SEA Filipina yang bakal bermula dua minggu lagi, skuad ragbi wanita kini berdebar menanti pengumuman senarai akhir pemain yang akan menyarung jersi kebangsaan minggu depan.

Mereka yang terpilih sudah semestinya sudah bersedia merealisasikan sasaran sekurang-kurangnya membawa pulang pingat perak kali ini.

Skuad negara nyata bersemangat dan teruja untuk bersaing di Filipina dan dijadualkan bertemu pasukan Singapura pada aksi pertama 7 Disember nanti.

Sekadar meraih pingat gangsa pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur yang lalu, jurulatih negara Nik Safuan Ismade Nik Man mensasarkan pingat perak untuk kali ini.

Dia berharap pendedahan pemain dalam Kejohanan Siri Asia pada 10 November lalu dapat meningkatkan prestasi pemain.

12 pemain akan mewakili negara dan senarai akhir itu dijangka akan diumumkan minggu hadapan.

Skuad negara akan berlepas ke Filipina 5 Disember nanti dan semalam berlangsung majlis makan malam skuad ragbi negara bersama ibu bapa dan persatuan.